Breaking News

Panglima Batak yang Bernama Tuah

Menurut sejarah, Seni Silat Cekak ini berasal dari Negeri Kedah. Ia pernah digunakan oleh panglima kanan kerajaan negeri Kedah untuk menghadapi pencerobohan dari luar negeri pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1854 - 1879). Menurut sumber yang boleh dipercayai, salah seorang daripada panglima kanan kerajaan Negeri Kedah iaitu Panglima Ismail telah berjaya menewaskan seorang panglima Batak yang bernama Tuah (bukan Hang Tuah).

Di Kerian, Perak, yang pada masa itu di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah, Panglima Tok Rashid yang berasal dari Sungai Daun dan isterinya telah berpindah ke Kerian lebih 80 tahun yang lalu kerana kampung halaman mereka di serang wabak taun. Kemudiannya, Panglima Tok Rashid telah menurunkan ilmu Silat Cekak ini kepada En. Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Perak. En Yahya Said telah di amanahkan untuk mengajarkan silat ini kepada orang Kedah apabila sampai masanya kelak. Panglima Tok Rashid mewasiatkan kepada Encik Yahya Said bahawa:

"Jika ada anak cucuku di Kedah yang hendak belajar, hendaklah kau pulang kan kembali"

Pada malam 5 Ramadhan, 1385 hijrah bersamaan 28 Disember 1965, atas daya usaha Y.M. Ustaz Hanafi Hj. Ahmad, Seni Silat Cekak telah dapat dilahirkan kembali ke alam nyata di rumah Encik Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung, Alor Star, Kedah. Y.M. Ustaz Hanafi telah mengambil kembali Seni Silat Cekak daripada Encik Yahya Said (pemegang amanah) setelah dipendamkan selama hampir 40 tahun apabila tidak ada seorangpun yang tamat belajar silat ini daripada Encik Yahya bin Said. Hanya apabila Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad mengajar Seni Silat Cekak, barulah ada penuntut - penuntut yang tamat mempelajarinya dan kegiatan ini dilakukan melalui Perkumpulan Sari Budaya Sri Kedah.

Seni Silat Cekak terus hidup dan berkembang di Sungai Petani, Bukit Mertajam dan seterusnya bertapak dengan kukuhnya di Kuala Lumpur. Pada mulanya Seni Silat Cekak Malaysia ini bergerak melalui Persatuan Bawean Putra sehingga pada 19hb. Ogos, 1971 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didafterkan dan beribu pejabat di No. 32, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Penerimaan masyarakat terhadap Seni Silat Cekak kian meningkat dangan bantuan pendukung sehingga Seni Silat Cekak mula diterima di pusat - pusat pengajian tinggi di seluruh negara. Selaras dengan ini PSSCM di peringkat negeri juga telah ditubuhkan. Mulai 21hb Febuari, 1985 pergerakan Seni Silat Cekak telah beribu pejabat di Bangunan Silat Cekak di alamat Tingkat 4, Bangunan Silat Cekak, 708-3, Lot 138, Seksyen 79, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Y.M Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 13hb Ogos 1986 di rumah beliau di alamat No. 55, Jalan AU2A/20, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Dalam tempoh 40 hari kemudian ahli keluarga Allahyrham Ustaz Hanafi berdasarkan fakta - fakta yang meyakinkan, telah sebulat suara bersetuju supaya Encik Ishak bin Itam telah diistiharkan untuk menjadi pemangku jawatan Guru Utama Seni Silat Cekak. Perkara ini telah diperakui di dalam persidangan antara ahli keluarga dan para pendukung setia Seni Silat Cekak.

Selanjutnya

Mau Belajar Aksara Batak?? Klik Di sini